Remaja perempuan 15 tahun diculik .

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ ارَّحِيم


Kuantan : 'Baby , tolong kakak ,' jerit seorang remaja perempuan berusia 15 tahun sebelum dipercayai diculik  tiga individu termasuk seorang wanita ketika dalam perjalanan pulang selepas membeli kad prabayar bersama dua adiknya kira-kira 100 meter dari rumahnya di Taman Tas .

Dalam kejadian jam 3 petang itu , Siti Nur Fatihah Mahadi , Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK ) Pandan , diseret ke dalam sebuah kereta Honda berwarna ungu gelap yang berhenti di depan kedai berkenaan sebelum memecut meninggalkan kawasan itu .

Ketika kejadian , Siti Nur Fatihah bersama dua adiknya , Muhammad syahmi Aiman dan Siti Nurul Aisyah , 11 dalam perjalan pulang ke rumah mereka . 

Menceritakan kejadian itu , Nur Aisyah berkata , tiba-tiba kereta dipandu seorang wanita berhenti di depan mereka sebelum seorang lelaki yang duduk di belakang keluar dan menarik kakaknya masuk ke dalam kenderaan itu .

Kakak menjerit kepada Muhammad Syahmi ' Babu ... Tolong kakak 'sebelim dia dan saya cuba menyelamatkan kakak dengan menarik tangannya sekuat hati , '' katanya ketika ditemui di rumahnya . 

# Jadi marilah kite bersama-sama doakan Siti Nur Fatihah , supaya Allah selamatkan dia . Jadi kesimpulan dari kejadian ini , kite perlu lah sentiasa bersama orang tua kite , biar kite keluar dengan ibu bapa kite , itu lagi selamat .

Sekian .


 

Syria

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ ارَّحِيم

Assalamualaikum ,
Mungkin tak ramai yang tahu keadaan di Syria sekarang betul ? Presiden Bashar Al Assad telah bertindak semakin kejam keatas rakyat Syria . Sejak berlakunya kebangkitan rakyat syria Mac 2011 , Bashar telah membunuh lebih 8,500 orang rakyat syria dan 40,000 rakyat syria yang cedera . Tidak termasuk 180,000 yang telah diperjarakan .

Bashar Al Assad mewarisi kekejaman Hafez Al Assad ( Ayahnya ) yang pernah memerintah di syria kiri-kiri 32 tahun . Ayahnya juga penah membunuh hampir 46,000 ribu rakyat Hama , syria pada tahun 1982 . Keseluruhan penduduk yang terbunuh merupakan penganut Ahlus Sunnah Wal Jamaah .


( Google )

( Google )

( Google )
KENAPA KANAK-KANAK YANG TIDAK BERDOSA MENJADI KORBAN ATAS KEKEJAMAN REJIM BASHAR AL-ASSAD ????


Video di bawah telas tersedar di internat 

Ramai mendakwa ini adalah Arwah Marwa Adil  Bahar yang mati dipancung oleh Rejim Bashar Al - Assad . Kanak-kanak ini berusia 6bulan . Saya tidak pasti sama ada ini benar atau  propaganda . Apa pun ini tidak sepatutnya berlaku kepada anak yang tidak berdosa ini . Al-Fatihah untuk Arwah .

Saidinah Ali Bin Abi Talib r.a pernah berkata " Pemerintah yang Batil ( Zalim ) itu hanya sementara tetapi permerintahan yang benar kekal selamanya ."

Malahan kata Saidinah Ali r.a bertepatan dengan firman Allah Swt di dalam surah Al - Israk ayat 81 yang bermaksud :

Dan katakanlah : " Telah datang kebenaran ( Islam ) , dan hilang lenyaplah perkara yang salah ( kufur dan syirik ) sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap . "

P/s : Mari kite sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk saudara sesama islam kita yang bertarung nyawa di Syria sekarang .

sekian .